1.
Berpesatuan memang bagus untuk menjaga kebajikan
ahli.
2.
Dalam Dunia Peguam Sivil berpersatuan diwajibkan
bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan peguam itu sendiri seperti Lesen
Peguam, Disiplin dan ianya dikawal selia oleh akta yang diluluskan oleh
Parlimen.
3.
Manakala PGSM pula satu persatuan pilihan dikalangan Peguam Sivil dan Peguam Syarie tidak semua peguam syarie yang
bertauliah wajib berdaftar dengan PGSM.
4.
Malah terdapat beberapa kalangan peguam yang
mengambil inisiatif sendiri menubuhkan persatuan masing-masing dengan tujuan
dan matlamat masing-masing ada yang mewakili suara-suara Pro Kerajaan dan ada
yang berkecuali.
5.
Trend sekarang menunjukkan peningkatan di
kalangan peguam menubuhkan persatuan masing-masing dengan tujuan memberikan
khidmat guaman dan mendidik masyarakat awam tentang undang-undang.
6.
Dengan wujudnya banyak persatuan ini menimbulkan
suasana yang agak “happening” antara persatuan-persatuan peguam ini.
7.
Yang menarik lagi apabila setiap kali sidang tahunan
(AGM
) diadakan bagi memilih calon-calon yang sesuai bagi menerajui persatuan
masing-masing sudah tentu wujud team yang mempunyai matlamat dan aspirasi yang diinginkan dan pada masa
itulah pelbagai cerita dan dakwaan yang
kedengaran .
8.
Alhamdulillah saya secara peribadi melihat
dengan banyaknya persatuan yang ditubuhkan di kalangan peguam menunjukkan
komitmen dan aspirasi Peguam-Peguam untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan