Selasa, 14 Mac 2017

Pengesahan Konsolat Selepas September 2016


1. Pengesahan Konsolat tidak lagi dikeluarkan bagi mereka yang masuk ke Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah, ie passport @ pass sempadan berkuatkuasa September 2016. 2. Jadi apakah alternatif lain sekiranya pihak konsolat Malaysia di konsolat enggan mengeluarkan pengesahan dokumen perkahwinan bagi pasangan yang masuk ke Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah. 3. Jawabnya adalah Pengesahan Notary Public boleh digunakan..Dalam undang2 yg ada disebut Notary Public..

Sabtu, 11 Mac 2017

Batal hukuman penjara YB





SHAH ALAM: Seorang Ahli Parlimen tidak perlu ke penjara bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu, menerima rayuannya bagi mengetepikan hukuman tersebut.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim sebaliknya memerintahkan Beliau  membayar denda maksimum iaitu RM1,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama enam bulan, jika gagal menjelaskan denda.

Mukhyuddin membuat keputusan itu selepas menerima lima daripada 13 alasan rayuan yang difailkan Ahli Parlimen tersebut  pada 25 Mei lalu kerana tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Rendah Gombak Timur.

Pada 19 Mei lalu, Hakim Mahkamah Rendah memerintahkan Ahli Parlimen  dipenjara selama sebulan selepas mengaku salah melakukan kesalahan tersebut 

Beliau  selaku perayu memfailkan rayuan pada 25 Mei lalu , Terdahulu, Mukhyuddin menerima rayuan tersebut selepas berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Rendah telah terkhilaf kerana gagal mempertimbangkan faktor perayu adalah pesalah kali pertama dan juga kesan hukuman terhadapnya.

“Jika perayu dipenjarakan, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada diri, kerjaya dan reputasinya. Perayu mempunyai tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. Secara tidak langsung boleh menyebabkan timbul masalah sosial jika perayu dipenjarakan,” ujar beliau.

Beliau turut memutuskan Wan Mahyuddin terkhilaf kerana tidak memberikan alasan kewajaran hukuman penjara terhadap perayu.

Mukhyuddin juga berpendapat hakim terdahulu tidak seharusnya mengikat perayu sebagai seorang Ahli Parlimen seharusnya mempunyai pengetahuan akan perundangan, termasuklah undang-undang syariah.

“Tidak wajar untuk mengikat perayu dengan perundangan syariah kerana perayu tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang syariah yang merupakan bidang kuasa negeri,” katanya.

Mukyuddin yang mengambil masa satu jam setengah untuk membacakan penghakiman bagaimanapun bersetuju bahawa hukuman bagi kesalahan itu adalah rendah jika dibandingkan dengan kedudukan Beliau  selaku individu yang berpendidikan.

“Undang-undang digubal untuk keadilan dan bukan untuk menyulitkan perkahwinan poligami. Undang-undang digubal supaya poligami dibuat secara teratur dan matlamatnya tercapai seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Khamis, 9 Mac 2017

Gantung Hukuman

Assalamualaikum..

1. Ramai yang tanya apa itu kisah Zubyat Al Asad..

2. Zubyat Al Asad adalah kisah di mana Saidina Ali telah menghakimi kes kematian yang disebabkan orang ramai dari kabilah2 arab berasak2 melihat singa yang terjatuh dalam lubang perangkap.

3. orang pertama yang jatuh mendapat gantirugi sebanyak 1/4 diyat, orang kedua mendapat 1/2 diyat, orang ketika mendapat 2/3 diyat dan orang keempat mendapat diyat penuh.

4. alasan Saidina Ali adalah, orang pertama telah menyebabkan 3 kematian kerana ketika jatuh ke dalam lubang yang ada singa, dia menarik orang kedua untuk jatuh sekali begitulah seterusnya.

5. Kabilah2 arab tidak berpuas hati dengan keputusan saidina Ali kerana mereka dihukumkan sedemikian.

6. Mereka memohon supaya hukuman bayaran diyat ini ditangguhkan sementara mereka merayu kepada nabi Muhammad s.a.w.

7. Apabila hal ini dibawa kepada  Rasulullah s.a.w,  baginda membenarkan keputusan Saidina Ali.

8. kisah ini menjadi dalil bahawa sesuatu hukuman boleh digantung smentara menunggu keputusan rayuan..moga bermanfaat..

Rabu, 8 Mac 2017

lihat kebaikan daripada melihat keburukan..


Alhamdulillah..setelah dikisahkan cerita Zubyat Al Asad, YA Hakim menggantung Perintah Penjara 7 hari bpoligami tanpa kebenaran, YA Hakim juga menolak jumlah jaminan ditambah..jazakallah

Selasa, 7 Mac 2017

Hukuman Penjara bagi berpoligami Tanpa kebenaran

1. Salam, hari ni agak sibuk dengan 4 kes mahkamah. 2. kes ke 4 adalah rayuan pihak kami untuk hukuman penjara selama 7 hari dibatalkan. 3. Sangat jarang Mahkamah mjatuhkan hukuman penjara bagi kes berpoligami tanpa kebenaran. 4. Apabila di tanya kepada rakan bijaksana tn Pendakwa Syarie, Pendakwa memaklumkan bahawa tertuduh tidak merayu sungguh2, rayuan sambil lewa dan sedikit angkuh. 5. kita hendaklah sentiasa hormat kepada hakim dan sentiasa merendah diri, apabila bercakap dengan Yang Arif hakim hendaklah sentiasa cakap dengan tertib dan hormat. 6. Kalau dalam rayuan pun kita dah tunjuk hero..tidak hairanlah kesalahan kecil pun blh jadi besar..maka tugas saya untuk merayu kepada Yang Arif hakim supaya hukuman penjara dibuang..Allahuakbar.. moga dipermudahkan..