Rabu, 3 Februari 2016
Chambering, Practical and Attachment Students.
1. Biasa kita dengar perkataan Chambering , Practical dan Attachment Students.
2. Setiap perkataan membawa maksud yang berbeza, Chambering Student atau Pupillage Student atau dipanggil chambie dikalangan peguam sivil membawa maksud pelajar yang telah tamat pengajian undang-undang (LLB) wajib menjalani latihan di firma guaman selama 9 bulan tanpa gagal.
3. Chambie tersebut mestilah menjalani Latihan Dalam Kamar dengan seorang peguam yang berpengalaman tidak kurang daripada 7 tahun. Bagaimanapun tempoh chambering tersebut boleh dikurangkan kepada pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara dan Kehakliman dari 9 bulan kepada 6 bulan sahaja dan kepada bekas Peguam Negara boleh dikecualikan daripada Chambering.
4. Practical Student pula membawa maksud kepada mana-mana pelajar universiti yang menjalani Latihan Industri di Firma-firma guaman bagi maksud mendedahkan kepada pelajar tersebut akan dunia sebenar kepeguaman tempoh practical bergantung kepada universiti masing-masing paling lama pun 3 bulan.
5. Practical student ini biasanya dari Universiti tempatan, yang biasa menjalani latihan industri difirma saya adalah pelajar-pelajar KUIS , USIM , UIAM , UM , UKM dan UUM.
6. Attachment student pula pelajar-pelajar undang-undang sama ada sivil atau syariah yang telah menghabiskan tempoh belajar di universiti dan mengambil inisiatif sendiri untuk memasuki attachment programme scheme yang biasa ditawarkan oleh firma-firma guaman bagi mendedahkan graduan-graduan undang tentang kerja-kerja di firma-firma guaman.
7. Biasanya chambie dibayar elaun , jumlah elaun bergantung kepada sesebuah firma, semasa saya menjalani tempoh chambering di Masjid India kira-kira 16 tahun yang lepas iaitu sekitar tahun 2000 saya cuma diberi elaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan pertama, RM500 sebulan untuk 3 bulan kedua dan RM700 sebulan untuk 3 bulan yang terakhir.
8. Perit juga menjalani Latihan Dalam Kamar , mana taknya terpaksa berhadapan dengan Master yang selalu menguji kesabaran kita, selalu pulang lewat tengah malam menyiapkan kerja-kerja Afidavit yang tidak pernah habis, dikerah datang pada hari minggu untuk menyiapkan bundle of authority bagi kes-kes jenayah, selama 9 bulan memang tiada dunia lain melainkan terpaksa berhadapan dengan Master yang strict , Senior Lawyer yang suka arah itu ini dan Senior Clerk yang tahu semua benda.
9. Terpaksa juga berhadapan dengan Magistrate ( selepas Short Call ) lebih malang lagi berhadapan dengan Hakim Mahkamah Syariah tanpa ada tauliah Peguam Syarie sehingga dimarahi Yang Arif Hakim kerana bercakap dengan Yang Arif tanpa tauliah!!!
10. Akhirnya saya sangat menghargai dan berterima kasih kepada Master dan juga senior Lawyer dan kakak-kakak kerani yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya, Cara tunjuk ajar Master yang tegas membolehkan kita mengetahui selok belok dunia peguam dan menjadi seorang yang berdisiplin.
11. Hari ini Alhamdulillah banyak permohonan yang saya terima daripada pelajar-pelajar untuk menjalani latihan Dalam Kamar, saya sangat berbesar hati untuk menerima mereka bagaimanapun perlulah diingatkan bahawa jangan terlalu demand sangat terhadap Elaun, yang penting boleh belajar dan boleh diterima sebagai peguambela peguamcara dan dalam masa yang sama boleh mendapatkan Tauliah peguam Syarie.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualikum Tuan, ingin mencari tempat untuk chambering anak perempuan saya yang baru saja tamat pembelajaran bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari UiTM, Shah Alam pada bulan Feb 2021. Mohon maklumb balas dari pihak Tuan sekiranya ada kekosongan dan tarikh bermula. Sekian, terima kasih.
BalasPadam