Penerimaan Masuk Sebagai Peguam (Long Call)
1. Tidak ada hari yang lebih menggembirakan bagi ibubapa suami isteri dan sanak saudara apabila melihat orang yang tersayang diterima masuk sebagai Peguam.
2. Hari tersebut adalah hari yang bersejarah bagi peguam tersebut di mana Petisyen atau Permohonan untuk diterima masuk dibentangkan di hadapan Yang Arif Hakim.
3. Maka tugas Mover ( Peguam yang mewakili Peguam baru) untuk memastikan semua suratcara petisyen atau permohonan adalah lengkap dan teratur.
4. Saya biasa juga diminta oleh peguam-peguam baru untuk menjadi Mover mereka , kerana bagi menjadi Mover pun syarat yang dikenakan di Mahkamah Sivil adalah sekurang-kurangnya Mover tersebut hendaklah peguam yang telah beramal lebih dari tujuh tahun.
5. Di Mahkamah Syariah tiada syarat sedemikian dikenakan, cukup Mover adalah seorang Peguam Syarie yang mempunyai Tauliah yang sah.
6. Seringkali apabila saya memperkenalkan peguam baru yang hendak diterima masuk, hati saya menjadi sebak, kerana mengenangkan banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh ibu bapa peguam tersebut.
7. Semalam, antara peguam baru yang saya bentangkan biodatanya beliau mempunyai 12 adik beradik, ibubapa hanya bekerja kampung, pelbagai ujian dan kesusahan hidup terpaksa dilalui ibubapa, membanting tulang siang dan malam bagi kelangsungan kehidupan. Alhamdulillah segala kesusahan penat lelah, susah payah ibubapa peguam tersebut terlerai apabila anak tersebut dipakaikan jubah Peguam di hadapan Yang Arif hakim.
8. Bagi kalangan peguam telah sedia maklum bahawa untuk diterima masuk sebagai peguam syarie di negeri Selangor adalah terlalu susah kerana terpaksa menjalani tapisan yang amat ketat , menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dipanggil temuduga.
9. Di bilik temuduga terpaksa pula berhapan dengan panel-panel yang bukan calang-calang orang, antara ahli Panel yang terlibat adalah YAA Ketua Hakim Selangor biasanya sebagai (Pengerusi Panel), Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Ketua Pendakwa Syarie , Penasihat Undang-Undang Negeri dan juga Presiden Peguam Syarie Malaysia.
10. Tuan2 bayangkanlah untuk berhadapan dengan ahli-ahli panel yang kesemunya adalah pakar-pakar dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang kehakiman syariah. Mau tak gugup apabila dilontarkan pelbagai persoalan dan pertanyaan2 yang mencabar .
11. Ketika saya ditemuduga oleh ahli panel pada tahun 2003 iaitu kira-kira 13 tahun yang lalu, saya ditanya pelbagai soalan dan duji dengan kitab kuning, mengelabah la jugak ditanya nahu dan saraf disuruh ikrab sana sini..gelabah sebab dah lama kita tidak baca kitab kuning dan sibuk dengan kerja2 mahkamah hingga lupa untuk mentelaah kitab2 Arab.
12. Daripada 50 Peguam Yang ditemuduga hanya 12 peguam yang lulus temuduga untuk diterima masuk kerana disebabkan tapisan untuk diterima masuk sebagai Peguam Syarie Selangor adalah terlalu ketat..ramai yang kecewa dengan syarat sebegini dan seperti biasa Peguam Wanitalah yang banyak lulus berbanding Peguam lelaki!!!
13. Kini, Alhamdulillah dengan inisiatif Ketua Hakim Syarie Selangor , pelbagai program dan pembaharuan telah dibuat bagi memperkasakan Peguam Syarie, YAA Datuk Dr Naim Bin Mukhtar selalu mengwar-warkan bahawa Peguam Syarie adalah Sahabat Mahkamah oleh itu semalam adalah manifesto oleh YAA Hakim bagi Pembaharuan dalam Penerimaan Masuk Peguam Syarie Negeri Selangor..Syabaz..Datuk YAA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan