Perlantikan Peguamcara & Wakalah serta Wakalah Online
1. Saya biasa ditanya apa beza perlantikan peguamcara & wakalah.
2. Perlantikan Peguamcara adalah doc mahkamah sivil yg ditandatangani oleh anakguam menyatakan melantik firma peguam tertentu ( solicitors )dan firma tersebut dalam rekod mahkamah adalah solicitors yang sah untuk berurusan dengan Mahkamah.
3. Manakala Wakalah Peguam Syarie adalah doc yang dilafaz ( mcm ijab qabul ) dan ditandatangani oleh anakguam dihadapan pegawai Mahkamah dan Wakalah tersebut adalah bukti anakguam tersebut melantik peguam syarie tersebut di dalam kesnya di Mahkamah dan dalam hal wakalah ini firma peguam syarie tersebut bukanlah solicitors bagi anakguam ini bermakna firma tersebut tidak ada kena mengena dengan anakguam tersebut mlainkan firma tersebut adalah sole proprietor.
4. Bagi kes2 jenayah sivil tidak ada konsep perlantikan peguamcara memadai peguam tersebut hadir di hadapan magistrate dan hakim dengan memaklumkan secara lisan bahawa peguam tersebut mewakili tertuduh.
5. Begitu juga di Mahkamah Syariah, setau saya tiada peruntukkan didalam akta tatacara Jenayah Syariah ataupun enakmen tatacara jenayah negeri2 di Malaysia memperuntukkan tatacara wakalah dalam kes jenayah syariah.
6. Namun telah menjadi trend di Mahkamah Syariah perlu wakalah dilaksanakan sebelum seseorang peguam syarie boleh bertindak atau mewakili tertuduh bagi kes2 kesalahan jenayah syariah.
7. Kalau dilihat dari segi perbezaan memang banyak beza dari segi kos dan masa pihak-pihak yang terlibat . disini pihak-pihak yang terlibat dengan wakalah adalah anakguam , peguam syarie dan juga pegawai Mahkamah Syariah.
8. Untuk pembacaan wakalah saja , pihak peguam dan anakguam terpaksa hadir di mahkamah di mana kes yang difailkan.
9. Sekiranya kes ini difailkan di Perlis nun jauh di utara maka pihak Defendan yang tinggal di Kuala Lumpur terpaksa pergi ke Mahkamah Syariah Perlis bagi menyempurnakan hanya doc yang berkaitan Wakalah..
10. Apalagi sekiranya peguam syarie yang dilantik juga yang berada di KL maka peguam syarie tersebut mesti juga kena hadir semasa perlaksanaan wakalah dilafazkan kerana ada ijab dan qabul, tanpa qabul maka wakalah tersebut tidak sah.
11. Dan sekiranya anakguam berada pula di luar Negara yang mana untuk hadir ke Mahkamah Syariah adalah kos terlalu tinggi.
12. Maka disini Mahkamah Syariah telah mengambil inisiatif sendiri dengan membenarkan penyempurnaan wakalah dibuat secara online.
13. Bagaimanpun untuk penyempurnaan wakalah secara online kebenaran dari pihak Pendaftar Mahkamah diperlukan setelah kebenaran diperolehi maka wakalah secara online boleh dilaksanakan.
14. Bagi saya , buat masa ini wakalah secara online yang terbaik adalah secara facetime kerana applicationnya yang baik dan teratur.
15. Walauapa pun saya sangat berterima kasih kepada pihak2 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang banyak membantu kami dalam memudahkan proses wakalah secara online..semoga Allah merahmati dan memberkati seluruh warga kerja Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekuan..andalah yang terbaik…Jazakallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan