Isnin, 1 Februari 2016

Penalti bernikah tanpa kebenaran



1. Seringkali pasangan yang bernikah tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam negeri di Malaysia mempertikaikan denda atau penalti yang dikenakan apabila balik ke Malaysia untuk mendapatkan Sijil Nikah di Malaysia.

2. Antara biasa yang diungkapkan "kami buat benda baik.. tak patut kami kena denda ..dan macam2 ayat yang biasa di hamburkan kepada saya.

3.  Saya faham situasi client sebegini, ada yang terpaksa lari untuk bernikah kerana tiada restu wali dan keluarga dan juga terpaksa bernikah tanpa kebenaran atas pelbagai alasan.

4. Biasanya penalti atau denda bergantung kepada budibicara hakim, kalau kita pandai ambil hati hakim dan dapat menarik simpati hakim biasanya Yang Arif Hakim memberikan hukuman yang paling ringan.

5. Pernah sekali ada kes tertuduh  menangis2 depan Yang Arif Hakim merayu-rayu supaya dikenakan hukuman yang paling ringan dengan alasan bukan niat dia untuk lari ke siam untuk bernikah.

6. Beliau terpaksa ke siam setelah segala usaha ikhtiar untuk bernikah di Malaysia gagal, beliau telah memohon restu dari bapanya bagaimanapun bapanya enggan menjadi wali dengan alasan tidak bersetuju dengan pasangan muallaf ini,

7. Permohonan ke mahkamah untuk menggunakan wali hakim pun gagal sebab bapanya berkeras dan hampir berparang-parang dengan bakal menantu.

8. Alhamdulillah setelah bernikah di siam pasangan ini nampak bahagia sehingga dikurniakan sepasang kembar lelaki dan akhirnya bapa tadi telah dapat menerima menantu muallaf ini. dan cucu kembar ini pula menjadi cucu yang paling disayangi oleh bapanya.

9. Kisah ini menarik simpati Yang Arif Hakim, oleh itu tertuduh  cuma dikenakan denda RM100.00 (SERATUS SAHAJA). dan pasangannya dilepaskan tanpa didakwa kerana status muallaf.

10. Semoga kisah benar ini boleh dijadikan panduan bagaimana cara untuk merayu kepada Yang Arif hakim bagi menghadapi pertuduhan bernikah tanpa kebenaran kalau silap gaya denda maksimum RM1000.00 ( RINGGIT MALAYSIA SERIBU) dikenakan dan ada setengah-tengah kes penjara 2 minggu !!!
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan