Nikah Bangladesh
1. Salam, seringkali kita dengar Nikah Siam tapi kali ini nikah di Bangladesh telah menjadi semacam popular bagi kalangan pasangan yang pergi ke bangladesh untuk bernikah.
2. Biasanya wanita-wanita kita, tertarik dengan Mat Bangla sebab mungkin keramahan Mat Bangla atau mungkin ada ala-ala Shah Rukh Khan.
3. Biasanya documen-dokumen pasangan yang bernikah di Bangladesh adalah lengkap dan telah diterjemah kedalam English dan disahkan oleh kedutaan Malaysia di Dhaka, tambahan pula ada juga disahkan lagi oleh Notary Public. ( orang diberi kuasa untuk mengesahkan dokumen Asing).
4. untuk pendaftaran Nikah Bangladesh perlukan semua doc dan perlu juga diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ada mahkamah syariah yang tidak perlukan terjemahan dalam bahasa Melayu cukup dalam English.
5. Untuk terjemahan doc boleh dibuat di mahkamah sivil sebab jurubahasa Mahkamah Sivil adalah penterjemah yang bertauliah, cuma sediakan bayarannya sahaja, documen asal hendaklah dibawa bagi tujuan verification doc tersebut.
6. Ketika menghadiri kes perbicaraan Nikah Bangladesh, Yang Arif Hakim memaklumkan kepada saya nikah bangladesh telah meningkat secara mendadak dan setiap hari kes-kes daftar Nikah Bangladesh beliau bicarakan.
7. Kemungkinan Tahun ini akan meningkat berkali ganda kerana kita mengalu-alukan kedatangan pekerja-pekerja Bangladesh dan pengumuman untuk membawa masuk telah diumumkan.
8. Maka tidak hairanlah sesetengah tempat di Malaysia dikenali sebagai Mini Dhaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan