Jumaat, 29 Januari 2016

Afidavit Daftar Nikah

BORANG MS 26

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(NEGERI SELANGOR) 2003

(Subseksyen 113 (1))

AFIDAVIT PEMOHON PERTAMA

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI SHAH ALAM
DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
PERMOHONAN NO:


ANTARA

Xxx                                                                                                … PEMOHON PERTAMA

DENGAN

Xyz                                                                                                  … PEMOHON KEDUA


Saya, xxx seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beragama Islam yang beralamat di NO xxxx  dengan ini sesungguhnya bersumpah dan menyatakan seperti berikut:-

(sesalinan Kad Pengenalan dilampirkan dan ditandakan sebagai “Ekshibit -1”)

1.      Saya adalah Pemohon Pertama yang dinamakan di atas dan segala fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah di dalam pengetahuan dan kepercayaan saya dan / atau diperolehi daripada dokumen-dokumen dan rekod-rekod dalam milikan / simpanan saya.

2.      Saya dan Pemohon Kedua, xyz  telah bernikah pada xx xx 2015 bertempat di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Selatan Thailand. (selepas ini dirujuk dan disebut sebagai “Pernikahan Tersebut”)
3.      Pernikahan antara saya dengan Pemohon Kedua telah diwalikan dan diakad nikahkan dengan menggunakan Wali Hakim iaitu HJ.                 (NO. K/P:         ) yang berjawatan sebagai NAIB KADHI SYAR-I Wilayah Songkhla dan merupakan seorang jurunikah bertauliah yang telah dilantik.

4.      Pernikahan antara saya dengan Pemohon Kedua telah disaksikan oleh dua orang saksi lelaki berwargaegara Thailand iaitu HJ.            (NO. K/P:   ) manakala saksi pernikahan saya yang kedua ialah HJ.         (NO. K/P:                                ).

(sesalinan Surat Perakuan Nikah dilampirkan dan ditandakan sebagai “Ekshibit 2”)

5.      Seterusnya, saya menyatakan bahawa semasa akad nikah berlangsung, jurunikah tersebut melafazkan dengan jelas lafaz ijab dan selepas itu disambut dengan lafaz qabul oleh saya. Lafaz ijab dan qabul tersebut adalah dengan menggunakan bahasa Melayu dan pada ketika itu juga terdapat beberapa orang saksi lain yang turut mendengar, dan melihat majlis pernikahan tersebut.

6.      Lafaz / sighah ijab qabul semasa akad nikah tersebut berlangsung adalah seperti berikut:-

Lafaz ijab: “Aku nikahkan dikau xxx dengan xyz dengan maskahwinnya Lima Ratus Ringgit tunai”

Lafaz qabul: “Aku terima nikahnya xyz dengan maskahwinnya Lima Ratus Ringgit Tunai”

7.      Semasa pernikahan tersebut berlangsung, saya dimaklumkan oleh Pemohon Kedua bahawa bapa kandung yang merupakan wali nasab yang sah kepada Pemohon Kedua pada ketika itu masih hidup dan sedang menetap di xxx, Malaysia.

8.      Saya yakin dan percaya bahawa semua rukun-rukun nikah telah dipenuhi semasa pernikahan tersebut berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand iaitu mempunyai pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi lelaki dan lafaz ijab dan qabul sepertimana yang telah disyariatkan.

9.      Seterusnya, surat pengesahan nikah telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla melalui surat rujukan no. xxx
(sesalinan Surat Pengesahan Nikah dilampirkan dan ditandakan sebagai “Ekshibit  3)

10.  Saya juga yakin dan percaya bahawa sesungguhnya proses perkahwinan tersebut adalah sah di sisi syarak dan mengikut peraturan dan kehendak undang-undang di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand berdasarkan Pengesahan Konsulat General Malaysia di Thailand yang turut mengesahkan pernikahan tersebut.

(sesalinan Pengesahan Konsulat General Malaysia di Thailand dilampirkan dan ditandakan sebagai “Ekshibit 4”)

11.  Sewaktu pernikahan tersebut, saya mengakui telah memberi maskahwin kepada Pemohon Kedua sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja (RM 500.00) secara tunai.

12.  Sehingga kini pernikahan tersebut masih belum didaftarkan di mana-mana Pejabat Agama Islam di Malaysia dan belum mendapat pengesahan daripada mana-mana Mahkamah Syariah di Malaysia.

13.  Saya mengakui telah memasuki negara Thailand bersama Pemohon Kedua dengan menggunakan jalan darat melalui cara yang sah dan mengikuti prosedur undang-undang dengan menggunakan Passport Antarabangsa

(sesalinan Passport saya dilampirkan dan ditandakan sebagai “Ekshibit 5)

14.  Seterusnya, saya dan Pemohon Kedua telah memasuki Negara Thailand pada xx xx  2015 dan telah keluar dari Negara tersebut pada  xx xx  2015 dengan menaiki kereta .
(sesalinan Surat Pengesahan keluar/masuk Negara Thailand dilampirkan dan ditandakan sebagai “Ekshibit -6”)

15.  Semasa berlangsungnya pernikahan tersebut, status saya adalah seorang yang telah beristeri sementara status Pemohon Kedua adalah anak dara .


16.  Saya yakin dan percaya, semasa pernikahan tersebut dijalankan , saya dan Pemohon Kedua dalam keadaan halal untuk bernikah. Pemohon Kedua bukan tunangan mana-mana lelaki dan saya bukan mahram bagi Pemohon Kedua.

17.  Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan dan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya dengan rasa rendah diri dan tawadhu’nya memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini agar mengesahkan status perkahwinan saya dengan Pemohon Kedua dan seterusnya mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan sewajarnya.

Diikrarkan oleh                                                                       }
                                                                                                }      ……………………………..
Pada                  hb                    2016                                      }
Di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam                              }
Di Negeri Selangor Darul Ehsan                                             }

Di Hadapan Saya

……………………………..
Hakim / Pendaftar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan