- Terima panggilan dari kawan lama, minta terjemahkan dokumen nikah beliau ke dalam English..
- bila ditanya untuk apa beliau menjawab beliau akan ke UAE utk bekerja di sana dan membawa isteri sekali.
- Tugas menterjemah adalah dalam bidangkuasa jurubahasa dan bukan seorang peguam.
- Namun atas dasar persahabatan saya tidak menolak untuk menterjemahkan dokumen nikah tersebut.
- Selain jurubahasa yang boleh terjemahkan dokumen adalah jurubahasa bertauliah dari Istitute Terjemahan Negara kalau tidak silap di Wangsa Maju.
- Saya telah siapkan terjemahan dan dokumen tersebut mesti dihantar ke Jurubahasa Mahkamah sivil yang bertauliah dan bayaran dikenakan bagi cop terjemahan bertauliah dari Jurubahasa.
- Saya juga mengesyorkan kepada kawan ini supaya dapatkan cop Notary Public, bagi pengesahan ketulinan dokumen.. namun beliau menyatakan tidak perlu, kerana keperluan Majikan di UAE hanya dapatkan terjemahan dan pengesahan dari Wisma Putra..
- Moga kawan tadi dapat bekerja dengan cemerlang di UAE..Amin..
Jumaat, 30 Januari 2015
Terjemahan Dokumen ( Mutarjim )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan