1. Hari ini dipanggil ke Mahkamah Sesyen bagi menjadi peguam pemerhati kepada satu kes dadah.
2. Tertuduh seoarng pelajar dari Sudan dituduh di bawah section 39A(2) akta berbahaya 1952.
3. Saya dipanggil oleh keluarga Tertuduh supaya team up dengan peguam yang sedang menjalankan brief ni.
4. Saya hanya bersetuju sebagai peguam pemerhati memandangkan kes pendakwaan telah hampir ke penghujung.
5. Hari ini untuk perbicaraan soal balas saksi terakhir namun kes terpaksa ditangguhkan dengan alasan saksi mengerjakan umrah.
6. Saya dapat melihat kekecewaan tertuduh dan keluarga tertuduh yang datang dari jauh apabila kes tiangguhkan berkali-kali dengan pelbagai alasan.
7. Kes ini tidak boleh dijamin, dan tertuduh telah berada dalam reman lebih dari setahun, semasa melawat tertuduh di Penjara Sungai Buloh saya dapat merasakan kesengsaraan tertuduh dalam penjara..Moga Allah permudahkan Sudanese ini..Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan