Khamis, 9 Mac 2017

Gantung Hukuman

Assalamualaikum..

1. Ramai yang tanya apa itu kisah Zubyat Al Asad..

2. Zubyat Al Asad adalah kisah di mana Saidina Ali telah menghakimi kes kematian yang disebabkan orang ramai dari kabilah2 arab berasak2 melihat singa yang terjatuh dalam lubang perangkap.

3. orang pertama yang jatuh mendapat gantirugi sebanyak 1/4 diyat, orang kedua mendapat 1/2 diyat, orang ketika mendapat 2/3 diyat dan orang keempat mendapat diyat penuh.

4. alasan Saidina Ali adalah, orang pertama telah menyebabkan 3 kematian kerana ketika jatuh ke dalam lubang yang ada singa, dia menarik orang kedua untuk jatuh sekali begitulah seterusnya.

5. Kabilah2 arab tidak berpuas hati dengan keputusan saidina Ali kerana mereka dihukumkan sedemikian.

6. Mereka memohon supaya hukuman bayaran diyat ini ditangguhkan sementara mereka merayu kepada nabi Muhammad s.a.w.

7. Apabila hal ini dibawa kepada  Rasulullah s.a.w,  baginda membenarkan keputusan Saidina Ali.

8. kisah ini menjadi dalil bahawa sesuatu hukuman boleh digantung smentara menunggu keputusan rayuan..moga bermanfaat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan