REPRESENTASI MENGKAJI SEMULA PENDAKWAAN/PERTUDUHAN
KES JENAYAH NO: ________________________________________
KES JENAYAH NO: ________________________________________
Kami adalah Peguam Syarie yang mewakili tertuduh di dalam prosiding kes di atas.
Pihak kami memohon supaya pihak Tuan dapat mengkaji semula dakwaan/pertuduhan ke atas anak guam kami atas alasan-alasan yang dikemukakan seperti berikut dan seterusnya mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk menarik semula pendakwaan/pertuduhan ke atas anak guam kami.
Sebagai makluman kepada pihak Tuan, disini kami menyatakan pendakwaan/pertuduhan terhadap anak guam kami.
Tertuduh di dalam kes Jenayah No di atas : telah dituduh atas kesalahan bersubahat di dalam kes xxx berkahwin tanpa kebenaran pendaftar yang berlawanan dengan seksyen 19 (a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan seterusnya telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Di sini pihak kami menyatakan alasan-alasan agar anak guam kami dikecualikan sekaligus dilepaskan atas pendakwaan/pertuduhan yang telah dikenakan ke atas tertuduh. Alasan-alasan tersebut adalah seperti berikut:-
1. kami ingin menarik perhatian pihak Tuan, bahawa tertuduh (1) iaitu adalah seorang muallaf yang masih dianggap sebagai seorang saudara baru dalam agama Islam.
2. atas alasan beliau adalah seorang saudara baru, dan atas alasan kerana beliau kini sudah tidak menetap / berlakunya kesukaran beliau untuk pulang ke Malaysia maka kami selaku Peguam Syarie tertuduh-tertuduh memohon kepada pihak Tuan/Puan untuk memberi pelepasan / penarikan balik terhadap dakwaan ke atas tertuduh-tertuduh.

merujuk pada firman Allah dalam surah al-Taubah ayat ke 60:-
Maksudnya:
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang yang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan). Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai suatu ketetapan yang datangnya dari Allah dan ingatlah Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.

Kami merujuk kepada ungkapan "والمؤلفة قلوبهم" yang telah dirungkaikan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaily yang membawa maksud mereka yang memeluk islam dan mempunyai iman yang lemah. Atas kepada penjelasan ini, kami mengandaikan bahawa tertuduh pertama yang merupakan seorang saudara baru adalah seorang yang mempunyai atau masih lagi dalam keadaan yang lemah imannya.
3. kami memohon pertimbangan sewajarnya daripada pihak Tuan untuk mempertimbangkan semula dakwaan ke atas tertuduh-tertuduh bagi mengelakkan kekacauan / salah faham terhadap tertuduh (1) yang merupakan seorang yang masih baru dalam agama Islam. Atas dasar kemaslahatan terhadap agama dan atas pertimbangan kaedah feqah:
" سد الذرائع"
Atas dasar kaedah feqah di atas yang menggalakkan menutup pintu-pintu terhadap kerosakan yang mendatang adalah relevan dalam pertimbangan dari pihak tuan/puan bagi mengelakkan kesalahfahaman oleh Tertuduh (1) terhadap agama Islam yang suci ini.

4. Seterusnya, kami ingin menarik perhatian dan pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan untuk melihat keadaan atau situasi terhadap Tertuduh Kedua di dalam dakwaan ini, di mana tindakan tertuduh kedua berhubung kesalahan yang didakwa adalah kerana keengganan walinya sendiri untuk mengahwinkan terduduh kedua dengan tertuduh pertama. Kami melihat pada situasi ini bahawa tertuduh kedua telah mengambil suatu tindakan yang bersesuaian dengan kaedah feqah berhubung dengan penolakan terhadap kerugian atau mafasid iaitu:-
“درء المفاسد مقدم على جلب المصالح”
Atas pertimbangan kaedah feqah di atas iaitu “menolak mafsadah lebih baik daripada mengambil maslahah” adalah suatu yang kami anggap memenuhi situasi kedua-dua tertuduh di mana bagi mengelakkan sebarang keburukan atau zina berlaku di antara mereka maka perkahwinan antara mereka yang dilangsungkan tanpa kebenaran adalah suatu jalan yang hanya salah di sisi perundangan namun dari segi syara’ ianya memenuhi kesemua rukun-rukun pernikahan yang telah digariskan. Berikutan dengan situasi keengganan wali nasab tertuduh kedua untuk menjadi wali, maka tertuduh kedua lebih memilih kepada melangsungkan perkahwinan dengan secepatnya bagi mengelakkan sebarang kemungkinan (zina) yang akan berlaku. Ini adalah bersesuain dengan kaedah feqah di atas di mana menolak atau menutup kelompongan zina supaya berlaku adalah lebih baik daripada mendapatkan izin wali, yang telah pihak Tuan/Puan maklum berhubung dengan keengganan wali tersebut. bagi pihak kami situasi ini adalah besesuaian dengan garis panduan syara’ yang mana memperuntukkan:-
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji lagi buruk.
(al-Isra’: 32)
(al-Isra’: 32)
5. Seterusnya, berdasarkan firman Allah dalam surah al-An’am ayat 108 seperti berikut:-
Maksudnya:
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.
Firman Allah di atas adalah berhubung dengan pengharaman Allah untuk mencela sembahan kaum musyrikin, sedangkan celaan tersebut adalah merupakan kemarahan dan kecemburuan kerana Allah dan sebagai bentuk penghinaan kepada sembahan mereka. Asbabnya, celaan terhadap sembahan mereka adalah musabab terhadap celaan mereka terhadap Allah dan maslahah tidak mencela Allah adalah lebih besar kebaikannya daripada maslahah mencela sembahan mereka.
Ayat al-Quran ini menjadi asas berhubung dengan dakwaan terhadap tertuduh pertama yang merupakan seorang saudara baru (muallaf) yang mana kemungkinan pada pandangan tertuduh bahawa Islam adalah suatu agama yang sukar dan gemar memberatkan umatnya dalam melakukan sesuatu ibadah berhubung perkahwinan. Perkara ini adalah suatu yang kita harus elakkan bersesuaian dengan firman Allah di atas.
6. Pihak kami merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari no: 3518 yang intipatinya adalah seperti berikut:-
وقال عبد الله بن أبي بن سلول أقد تداعوا علينا لنن رجعنا الى المدينة ليخرجن الأعز منها الأذل فقال عمر ألا نقتل يا رسول الله هذا الخبيث لعبد الله فقال النبي صاى الله عليه وسلم لا يتحدث الناس أنه كان يقتل أصحابه
Maksudnya:-
Maksudnya:-
Abdullah bin Ubay bin Salul berkata: apakah orang-orang muhajirin menentang kita? Jika kita kembali ke Madinah pasti kelompok yang kuat akan mengusir kelompok yang lemah dari Madinah. ‘Umar berkata:”Ya Rasulullah, mengapa tidak kita bunuh sahaja orang jahat ini?” maksudnya Abdullah bin ‘Ubay bin Salul. Maka Rasulullah bersabda:”jangan sampai orang-orang berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri.”
Dalam hadis berikutnya :-
يا عائشة لو لا أن قومك حديث عهد بجاهلية اأمرت بالبيت فهدم فأدخلت فيه ما أخرج منه وألزقته بالأرض
Maksudnya:-
Wahai Aisyah, seandainya bukanlah kerana kaummu baru sahaja lepas daripada jahiliyyah, nescaya aku akan perintahkan untuk meruntuhkan ka’bah, lalu aku masukkan ke dalamnya apa yang pernah dikeluarkan daripadanya dan nescaya akan aku lekatkan (pintunya) ke tanah
(al-Bukhari: 1586)

7. Berdasarkan kepada dua hadis yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa hadis pertama sepertimana di atas adalah berhubung dengan keadaan Rasulullah s.a.w yang pada ketika itu menahan dirinya daripada melakukan pembunuhan terhadap kaum munafiqin. Meskipun keadaan sedemikian, sekiranya pembunuhan dilakukan akan menimbulkan maslahah terhadap umat dan agama islam. Walaupun demikian, Rasulullah memilih supaya keadaan (pembunuhan) tersebut tidak dilakukan bagi mengelakkan mafsadah yakni dari berlakunya kesalahfahaman terhadap umat islam atau agama lainnya lari atau keluar dari agama sekiranya mendapat tahu bahawa Rasulullah telah melakukan pembunuhan.
7. Meskipun dalam hadis yang kedua seperti yang telah dinyatakan di atas, ianya adalah berhubung dengan rombakan semula pembinaan ka’bah di mana Rasulullah memilih supaya ianya tidak dirombak dan mengekalkan bangunan asalnya seperti mana pada zaman nabi Ibrahim bagi mengelakkan umat islam pada ketika itu lari (murtad) dan jauh dengan agama. Baginda Rasulullah memilih mafsadah yakni mengelakkan daripada keluarnya orang islam pada ketika itu daripada maslahah iaitu pembaikan atau pengubahsuaian ka’bah.
9. atas alasan seperti di atas, kami memohon pertimbangan daripada pihak Tuan agar dakwaan yang dikemukakan terhadap tertuduh-tertuduh dipertimbangkan dengan sewajarnya demi mengelakkan kesalahfahaman terhadap agama khususnya oleh tertuduh pertama di mana beliau adalah seorang muallaf.
10. kami percaya bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang menekankan aspek dan konsep didikan berbanding hukuman. Perkara ini telah termaktub dalam sebuah athar yang diriwayatkan oleh Sulaiman Bin Buraidah seperti berikut:-
عن سليمان بن بريدة عن أبيه قال: جاء ماعز بن مالك الى النبي عليه السلام , فقال: يا رسول الله طهرني. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: "ويحك , ارجع فاستغفر الله وتب إليه". قال: فرجع غير بعيد ثم جاء فقال: يا رسول الله طهرني. فقال النبي صلى الله عليه وسلم مثل ذلك, حتى كانت الرابعة, فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: "مما أطهرك؟" قال: من الزنا,
Maksudnya:
Daripada Sulaiman bin Buraidah dari bapanya berkata: Ma’iz telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: “Ya Rasulullah, sucikanlah aku” Rasulullah s.a.w lalu menjawab. “Teruk engkau ini, pulanglah dan bertaubatlah kepada Allah”. Ma’iz pun bergerak pulang tetapi sekejap sahaja dia datang semula dan berkata: “Ya Rasulullah sucikanlah aku”. Maka Rasulullah s.a.w menjawab: “Teruk engkau ini, pulanglah pohonlah keampunan Allah dan bertaubatlah kepadaNya”. Ma’iz pun bergerak namun sekejap sahaja dia datang semula. “Ya Rasulullah, sucikanlah aku”. Rasulullah s.a.w menjawab seperti sebelumnya sehinggalah kali keempat. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Untuk hal apa aku perlu sucikan diri mu?” Ma’iz menjawab: daripada dosa zina.
قسأل النبي صلى الله عليه وسلم: "أبه جنون؟" فأخبر أن ليس بمجنون, فقال: "أشرب خمرا؟" فقام رجل, فاستنكهه فلم يجد منه ريح خمز, فقال النبي صلى الله عليه وسلم: "أزنيت أنت" قال: نعم. فأمر به فرجمو فكان الناس فيه فرقتين, تقول فرقة: لقد هلك ماعز على أسوأ عمله, قد أحاطت به خطينته, وقاتل يقول: أتوبة أفضل من توبة ماعز, إنه جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فوضع يده في يده فقال: اقتلني بالحجارة. قال: فلبثوا بذلك يومين أو ثلاثة,
Maksudnya:
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepada orang lain: “Adakah dia tidak siuman?” Sahabat itu menjawab bahawa Ma’iz siuman. Rasulullah bertanya lagi: “Adakah dia telah minum arak?”. Lalu seorang lelaki bangun dan menghidu bau mulut Ma’iz dan mendapati tiada bau arak. Lalu Rasulullah bertanya kepada Ma’iz: “Adakah engkau telah berzina?” Ma’iz menjawab: “Ya”. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruh agar dia direjam. Ketika itu para sahabat menjadi dua kelompok. Seorang sahabat berkata: “Habislah dia, dosa-dosanya telah menyelubungi dirinya”. Sahabat yang lain pula berkata: “tidak ada taubat yang lebih afdhal daripada taubat Ma’iz. Dia datang kepada nabi lalu meletakkan tangannya di atas tangan baginda, kemudian berkata: Bunuhlah aku dengan rejaman batu. Kemudian hal itu ditangguhkan sehingga dua atau tiga hari.

ثم جاء النبي صلى الله عليه وسلم وهم جلوس فسلم ثم جلس, ثم قال: "استغفروا لماعز بن مالك". قال: فقالوا: يغفر الله لماعز بن مالك, فال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " لقد تلب توبة لو قسمت بين أمه لوسعتها"
Maksudnya:
Kemudian Rasulullah s.a.w datang kepada para sahabat ketika mereka sedang duduk-duduk. Rasulullah s.a.w memberikan salam kepada mereka lalu berkata: “Mohonlah keampunan untuk Ma’iz Bin Malik”. Lalu para sahabat pun menyebut: “Semoga Allah mengampuni Ma’iz Bin Malik. Lalu Rasulullah s.a.w menyebut: “Sesungguhnya dia telah bertaubat, yang mana jika taubat itu dibahagi-bahagikan kepada seluruh umat, ia cukup untuk mereka semua”.

ثم جاءته امرأة من غامد من الأزد, فقالت: يا رسول الله طهرني, قال: " ويحك, ارجعى فاستغفرى الله عز وجل وتوبى إليه". فقالت: لعلك تريد أن ترددني كما رددتت ماعز بن مالك, قال: " وما ذلك؟" قالت: إنهاحبلي من الزنا, قال: " أثيب أنت؟" قالت: نعم, قال: " إذا لا ترجمك حتى تضعي ما في بطلك", قال: فكفلها رجل من الأنصار حتى وضعتو فأتي النبي صلى الله عليه وسلم, فقال: "قد وضعت الغامدية". قال: " إذا لا ترجمها وندع ولدها صغيرا ليس له من يرضعه". فقام رجل من الأنصار, فقال: إلى رضاعة يا نبي الله. فرجمها.
Maksudnya:
Kemudian datang pula seorang perempuan Bani Ghamidiyyah dari kawan al-Azd. Perempuan itu berkata: “Ya Rasulullah, sucikanlah aku”. Lalu Rasulullah menjawab: “Teruk betul engkau ini, pulanglah dan pohonlah keampunan Allah dan bertaubatlah kepadaNya”. Perempuan itu menjawab: “Aku melihat engkau cuba menolak permintaan aku sebagaimana engkau menolak permintaan Ma’iz Bin Malik”. Rasulullah s.a.w pun bertanya: “Apa yang telah terjadi?”. Perempuan itu menjawab bahawa dia telah berzina. Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “Engkau telah berzina?”. Perempuan itu menjawab: “Ya”

Lalu Rasulullah s.a.w pun berkata: “(Pulanglah engkau) sehingga engkau melahirkan kandungan engkau ini. lalu seorang lalaki Ansar pun menjaga perempuan itu sehingga dia melahirkan anak. Lalu lelaki itupun datang bertemu Rasulullah dan berkata: “Perempuan al-Ghamidiyyah itu telah melahirkan anak”. Lalu Rasulullah berkata: “Kita tidak akan merejamnya sehingga menyebabkan anaknya terbiar tanpa ada yang menyusukannya”. Lalu seorang lelaki Ansar bangun dan berkata: “Biarkan aku yang menguruskan hal susuan anak ini wahai nabi Allah”. Lalu para sahabat pun merejamnya.
(Sahih Muslim: kitab al-Hudud: no. 3213)
(Sahih Muslim: kitab al-Hudud: no. 3213)
11. kami merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di atas di mana kisah dua orang sahabat iaitu Ma’iz Bin Malik dan seorang perempuan dari Bani al-Ghamidiyyah membuat satu pengakuan zina kepada Rasulullah s.a.w. Jika diperhatikan daripada hadis tersebut, Rasulullah s.a.w ketika Ma’iz datang membuat pengakuan tentang kesalahan zina yang dilakukannya, Rasulullah berpaling dan mengarahkan agar Ma’iz pulang. Pada pendapt sesetengah ulama’ muktabar, tindakan Rasulullah tersebut adalah kerana Rasulullah lebih menyukai jika Ma’iz Bin Malik memohon ampun dan bertaubat (nasuha) kepada Allah sahaja. Begitu juga halnya dengan keadaan perempuan daripada bani al-Ghamidiyyah seperti di dalam hadis di atas, di mana Rasulullah telah memberi peluang untuk perempuan tersebut pulang dan melahirkan anak yang dikandungkannya terlebih dahulu.
12. Berdasarkan kisah sahabat di atas, menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang menitikberatkan konsep didikan berbanding hukuman. Meskipun dua orang sahabat di atas tetap juga dijatuhi hukuman rejam, namun seawal pengakuan mereka, Rasulullah hanya memberi tindak balas dengan tindakan berpaling dan arahan untuk pulang dan memohon ampun kepada Allah. Ini juga membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberi peluang kepada umatnya untuk koreksi dan memperbaiki diri.
13. pihak kami tidaklah mempertikaikan peruntukan undang-undang yang sedia ada, namun kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh adalah satu kesalahan yang mungkin jahil pada pandangan tertuduh pertama. Atas dasar ini, kami memohon pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan untuk menilai situasi dan keadaan tertuduh-tertuduh demi menjaga keharmonian Islam.
Oleh yang demikian, kami dengan penuh rasa rendah diri dan tawadhu’ memohon pertimbangan daripada pihak Tuan agar pertuduhan tersebut ditarik balik dan anakguam kami dilepaskan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang dan hukuman. Tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. kesalahan yang dilakukan oleh anakguam kami tidaklah bersalahan dengan Hukum Syarak tetapi disebabkan kurangnya pengetahuan undang-undang dan prosedur yang telah dditetapkan menyebabkan anakguam kami melanggar undang-undang tersebut dan anakguam kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
pihak kami juga berharap agar pertimbangan sewajarnya dapat dinilai dan diberi perhatian dari pihak Tuan terhadap dakwaan terhadap tertuduh-tertuduh.
Bersama-sama ini disertakan sesalinan kertas pertuduhan untuk perhatian dan tindakan pihak Tuan.
segala kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih
Sekian terima kasih
Yang benar
BOESTAMAM AHMAD & CO
Yang benar
BOESTAMAM AHMAD & CO
cc: Anak Guam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan